Make your own free website on Tripod.com
Home | ATHEIS | LAWATAN KE MUZIUM | AHLI-AHLI JAWATANKUASA | NUKILAN I | NUKILAN III | NUKILAN II | Nota sastera
LAWATAN KE MUZIUM

KELAB BAHASA, BUDAYA DAN SASTERA MELAYU SMS0

 

LAPORAN LAWATAN AHLI-AHLI KELAB BAHASA,KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN SEBAHAGIAN DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT DARI TINGKATAN 5 DAN 6 KE MUZIUM TEKNOLOGI BRUNEI DAN MUZIUM KOTA BATU.

   Pada sebelah pagi hari Rabu bersamaan dengan 24 November 2004, Satu rombongan penuntut dari Sekolah Menengah Sayyidina Othman telah mengikuti lawatan ke Muzium Brunei yang dianjurkan oleh ahli Kelab Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu. Seramai 95 orang penuntut menyertai lawatan tersebut termasuk 5 orang guru dan rombongan ini diketuai oleh President Ahli Kelab Bahasa iaitu Awg Abu Zar Bin Abdullah. Diantara guru-guru yang mengikuti rombongan tersebut ialah Cikgu Zailani Luar dan Cikgu Hajah Norikhsan Bte Haji Yaakub yang terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sayyidina Othman Tutong.

 Rombongan mula bertolak dari sekolah pada pukul 8.05 minit pagi dengan menggunakan dua buah bas yang memuatkan 45 orang penumpang setiap satu. Perjalanan menuju ke muzium Teknologi Brunei yang terletak di Kampong Pelambayan  memakan masa selama satu jam. Di Muzium Teknologi Brunei mereka dipamerkan dengan pameran ‘Raja Sehari’ di ruang bawah bangunan tersebut. Di sini para penuntut dapat menyaksikan adat perkahwinan 7 puak jati Brunei yang terdiri daripada Puak Brunei, Tutong, Belait, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan dan juga termasuk replika bentuk pelamin bagi setiap puak. Manakala di tingkat atas pula mempamerkan beberapa peralatan-peralatan lama seperti languai, celapa, gantang, pedang, gong dan sebagainya. Ditingkat ini juga menunjukkan orang-orang dahulu membuat pertukangan kayu dan besi seperti parang dan membuat atap daripada daun nibong. Dari tingkat 2 para penuntut beralih pula ke tingkat 3 bangunan tersebut yang mempamerkan rumah atau kediaman setiap puak jati melayu di negara ini seperti Puak Dusun. Rumah mereka ini diperbuat daripada kayu dan jika kita perhatikan betul-betul seolah-olah ianya kelihatan benar.

 Lebih 40 minit berada di Muzium Teknologi Brunei, rombongan ini kemudiannya beredar ke bangunan Muzium kota Batu yang berada di atas bukit. Penuntut-penuntut ini hanyalah berjalan kaki sahaja dengan menggunakan tangga yang telah disediakan menuju ke tempat tersebut. Di Muzium kota Batu itu para rombongan dapat melihat pameran ‘Rahsia Dari Sungai’ dimana bermacam-macam jenis artifak telah ditemui di Sungai Limau Manis semasa kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan. Antaranya ialah duit syiling yang berasal dari negeri Cina, tembikar-tembikar lama, batu jed dan apa yang menarik sekali ialah tengkorak manusia juga ditemui. Manakala di ruang hujung pula ialah pameran ‘Masjid Wadah Kepimpinan Raja’yang mempamerkan barang-barang seperti beduk, mimbar, cokmar, bendera masjid dan model masjid. Para penuntut juga mengikuti peraduan kuiz yang dianjurkan oleh pameran ini.Di ruang yang lain pula mempamerkan barang-barang yang didapati dari negara-negara Islam seperti tembikar, Al quran, pedang dan lain-lain lagi. Di muzium itu juga ada menempatkan satu ruang khas yang mempamerkan penemuan minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi bagi Negara Brunei Darussalam.

 Rombongan tersebut meninggalkan Muzium pada pukul 10.35 pagi dan rombongan ini sampai ke Sekolah Menengah sayyidina Othman pada jam 12 tengah hari. Dari itu kepulangan penuntut dari muzium tidak dengan tangan dan hati yang kosong tetapi dipenuhi dengan sesuatu ilmu yang baru diketahui dan dari kesempatan lawatan ke muzium ini dapatlah generasi muda di zaman moden ini mengekalkan  kebudayaan Brunei yang kaya dengan tradisi yang tersendiri.  

 

 

                                             DISAMPAIKAN OLEH:

                                               ~AZ, ZATI & ZURA~

                                                      PEMBERITA KELAB BSBM                                                                                                                                                                 

 

Enter supporting content here