Make your own free website on Tripod.com

KELAB BAHASA, BUDAYA DAN SASTERA MELAYU SMS0

Rancana
Home
ATHEIS
LAWATAN KE MUZIUM
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
NUKILAN I
NUKILAN III
NUKILAN II
Nota sastera

KENANGAN RUMAH PANJANG MENDARAM BESAR

 PENGENALAN
Puak Iban adalah salah satu puak yang mempunyai jumlah yang sedikit di Negara Brunei Darussalam berbandingkan dengan Puak Tutong, Puak Belait, Puak Kedayan, Puak Murut, Puak Dusun, Puak Melayu-Brunei dan Puak Bisaya.

  Menurut sejarah, Puak Iban ini sebenarnya  berasal dari negeri jiran iaitu Negeri Sarawak, Malaysia. Mereka berhijrah ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 30-40-an secara kumpulan dan ada juga melalui perkahwinan, mereka menetap di negeri ini sebagai penduduk tetap dan kebanyakan mereka telah memeluk agama Islam. Penempatan mereka sekarang terdapat di Mukim Labi, Kampung Rampayoh di Ulu Belait dan sebahagian di daerah Tutong.

Kami telah mengkaji beberapa cara hidup dan adat puak Iban semasa lawatan kami ke Rumah Panjang Mendaram Besar di Ulu Belait. Sedikit-sebanyak telah kami kaji, ternyata cara hidup dan adat mereka mempunyai keunikannya tersendiri seperti rumah panjangnya.

 Rumah Puak Iban selalunya terkenal dengan ‘Rumah Panjang’ yang diperbuat daripada sejenis kayu yang bertahan lama. Rumah tersebut selalunya dihuni oleh 7-12 keluarga. Dalam rumah tersebut ada ruang tamu yang agak panjang dan besar, dimana disana tempat mereka berkumpul semasa menyambut suatu perayaan dan juga menyambut tetamu yang datang.

KEHIDUPAN HARIAN PUAK IBAN

PEKERJAAN

Puak Iban mempunyai sifat yang ada pada puak lain iaitu sifat bergotong-royong dalam satu pekerjaan seperti dalam upacara perkahwinan, sambutan perayaan dan sebagainya. Mereka akan turun ke sawah beramai-ramai untuk menyemai dan mengetam padi.

Pada masa dahulu, kaum lelaki selalunya melakukan pekerjaan berat seperti masuk hutan untuk mengambil ubat-ubatan seperti akar-akar kayu dan mengumpul hasil hutan seperti rotan dan mengkuang, selain itu mereka juga memburu burung dan payau(rusa) menggunakan ‘sumpit’ atau ‘jerat’.

Kaum perempuan akan berada dirumah untuk menjaga keperluan si suami, selain itu jika ada masa lapang mereka akan menenun kain dan melakukan beberapa kraftangan seperti bakul, takiding dan sebagainya.  

   Tetapi zaman telah berubah, kini ramai anak-anak kaum Iban telah mempunyai pendidikan, mereka telah mempunyai pekerjaan yang lebih baik untuk menyara keluarga, mereka tidak lagi mengikut jejak orang tua mereka seperti masuk hutan, melakukan kraftangan dan sebagainya. Tapi mereka tetap mengikut adat mereka walapun zaman telah berubah.

PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah satu ikatan yang murni dan suci untuk pasangan yang telah dikahwinkan dengan ikatan yang sah. Perkahwinan puak Iban ada persamaan dengan adat puak melayu seperti menghantar mempelai lelaki ke rumah mempelai perempuan.

Jika pasangan pengantin itu tinggal serumah mereka tidak dibenarkan  berjumpa selama persiapan perkahwinan mereka dijalankan, mereka hanya berjumpa semasa majlis perkahwinan mereka dimulakan.

Jika pasangan pengantin tidak tinggal serumah maksud salah pengantin tinggal di sebelah kampung misalnya. Keluarga pengantin lelaki akan menghantar mempelai lelaki ke rumah mempelai perempuan dengan membawa hantaran  seperti kerbau, kain dan sebagainya, semua ini disimpan didalam ‘sintong’ sejenis takiding.

UPACARA KEMATIAN

Suatu kematian yang berlaku pada puak Iban, mereka akan menyimpan mayat itu dirumah selama lebih kurang tiga hari sebelum mereka mengebumikan mayat tersebut.

Jika simati itu meninggal dunia diluar rumah seperti di hospital, keluarga terdekatnya harus menyembelih seekor khinzir terlebih dahulu lepas itu barulah mayat tersebut masuk ke rumah.

 CARA  PERUBATAN

Pada zaman moden ini, kalau kita sakit, kita akan jumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan rehatkan tubuh supaya cepat sembuh.

Bagaimana pula Puak Iban pada zaman dahulu, apa yang akan mereka lakukan jika mereka sakit? Mereka akan berjumpa dengan orang yang berilmu untuk ‘belian’ yang bermaksud menilik penyakit. Jika ada  penyakit yang  telah dikesan, barulah upacara  ‘tawari’ dimulai. Jika penyakit itu tidak sembuh, pesakit itu hendaklah menjamur di luar rumah ini adalah salah satu kaedah untuk menyembuhkan penyakit.

PERAYAAN

Sebelum suatu perayaan dirayakan kaum Iban harus melakukan adat ‘miring’ iaitu melakukan sedikit pemujaan. Adat ‘miring’ ini adalah piring yang penuh dengan ketupat dan makanan yang lain. Adat ini dilakukan pada malam sebelum perayaan.

KESIMPULANNYA

Hampir kesemua adat ini tidak lagi digunakan kerana ia kian pupus oleh arus kemodenan. Ini kerana ramai anak-anak remaja yang mempunyai pendidikan tidak mahu mewarisi adat ini kerana ia telah dianggap kuno. 

OLEH :

HJH NORRHAFIZAHYANI 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hjh Norhafizayani binti Hj Abdul Rahman                   

Kelas; U6-5.     

Enter supporting content here