Make your own free website on Tripod.com

KELAB BAHASA, BUDAYA DAN SASTERA MELAYU SMS0

| Home | ATHEIS | LAWATAN KE MUZIUM | AHLI-AHLI JAWATANKUASA | NUKILAN I | NUKILAN III | NUKILAN II | Nota sastera

Rancana

MUNGKINKAN BUDAYA BANGSA AKAN MENGHILANG?

SEPATAH KATA.

 BISMILLAHIR RAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 Kepada Allah kami curahkan sanjungan. Kepada Rasul kami nyanyikan selawat kepada baginda, Nabi Muhammad S.A.W.

 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana-Nya jualah kami dapat menghasilkan nashkah ini sebagai panduan kepada para pembaca sekalian.

 Dengan adanya nashkah mengenai kebudayaan masyarakat Iban ini, dapatlah kita mengetahui salah satu kebudayaan di negara kita, Negara Brunei Darussalam; dan juga dengan adanya nashkah seperti ini generasi muda khususnya akan mengetahui kebudayaan seni kraftangan, muzik dan seni tarian mereka terutama bagi anak muda masyarakat Iban itu sendiri agar amalan ini tidak akan pupus ditelan zaman pasca modenisme.

 Tak dilupakan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada guru-guru yang melibatkan diri dalam menghasilkan buku penyelidikkan seni kebudayaan ini. Guru-guru yang memberi inisiatif serta tunjuk ajar ialah Cikgu Zini bin Haji Abdul Hamid, Cikgu Hajah Norikhsan binti Haji Ya’akub dan Cikgu Zailani bin Luar. Ucapan terima kasih ini juga khas ditujukan kepada Ibubapa serta rakan sebumbung yang telah banyak membantu dalam menghasilkan nashkah yang tidak seberapa ini. Tanpa sokongan daripada kalian semua sudah pasti kami tidak akan dapat menyumbangkan nashkah kecil ini dengan penghasilan yang memuaskan.

 Semoga usaha kami yang sedikit dan dhaif ini memperolehi keredhaan Allah S.W.T. dan padat dimanfaati oleh sidang pembaca sekalian. Saya berharap barangsiapa yang menemui kesilapan agar dapat menegur kami justeru insan itu selagi bernama insan akan tetap membuat kesilapan. Pada Allah jua kami memohon keampunan atas kesilapan ini.

 Wassalam.

 KEBUDAYAAN.

DEFINASI:

Kebudayaan adalah merupakan adat resam atau amalan yang dipertahankan sejak dahulu lagi oleh sesebuah puak atau masyarakat yang berlainan bangsa. Masyarakat Iban tidak ketinggalan dari tersenarai mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri.

 Adapun kebudayaan Puak Iban ini merangkumi segala aktiviti-aktiviti seharian mereka. Selain daripada itu kebudayaan mereka lebih cenderung kepada identiti sebenar masyarakat tersebut serta amalan-amalan yang dikekalkan dari moyang masyarakat Iban ini.

 Kebudayaan ini telah dikaitkan dengan masyarakat Iban memandangkan puak ini mempunyai adat resam yang unik dan berbeza dari puak-puak yang lain. Contohnya ialah upacara “Hari Gawai” yang mana ianya dilakukan ketika majlis keramaian bagi menyambut hari kebesaran puak tersebut. Ini dapat dibuktikan kepada kita jurang perbezaan antara masyarakat Iban dengan masyarakat yang lain kerana upacara seperti ini tidak pernah dilakukan serta diamalkan oleh masyarakat lain.

 Sambutan “Hari Gawai” juga telah memperlihatkan keunikkan serta melambangkan identiti sebenar masyarakat Iban ini. Pada ketika sambutan “Hari Gawai” ini dilansungkan mereka dengan mesra menyambut para tetamu sambil memainkan muzik asli yang tertentu dan perpadanan serta bersesuaian dengan majlis yang diadakan.

 KEBUDAYAAN MASYARAKAT IBAN.

SENI MUZIK.

 Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat muzik.

 Dalam masyarakat Iban mereka juga tidak ketinggalan untuk mempunyai muzik serta alat-alat muzik yang tersendiri. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut:-

      (1)   Tabuh.

     (2)   Tawak.

     (3)   Ngasapi.

     (4)   Gulingtangan.

 Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

SENI KRAFTANGAN.

Kraftangan didefinasikan sebagai penghasilan kerja tangan yang dihasilkan sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti rotan, daun nipah, kulit kayu dan sebagainya.

 Dalam masyarakat Iban, berbagai-bagai jenis kraftangan telah dihasilkan. Diantaranya adalah seperti berikut:-

      (1)   Takiding.

             Takiding adalah merupakan alat untuk menyimpan barang-barang khususnya apabila berada jauh di dalam hutan. Ia diperbuat daripadarotan saga.

      (2)   Seraung.

             Merupakan alat untuk memelihara kepala dari cuaca panas dan hujan ketika masyarakat Iban ini melakukan kerja-kerja di dalam hutan. Pembuatannya kurang jelas namun yang pasti ianya diperbuat daripada rotan saga.

      (3)   Lampit.

             Lampit boleh dikategorikan sebagai alas tikar. Ia biasa digunakan untuk mengalas lantai ketika majlis keramaian diadakan. Ketika majlis “Hari Gawai” juga sering digunakan. Lampit ini diperbuat daripada daun nipah dan juga rotan. Sebenarnya lampit ini memang berasal dari masyarakat Iban namun masyarakat Dusun mula mempratikkan lampit ini bagi masyarakat mereka.

 Semua kraftangan ini dihasilkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada digunakan untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh dimanfaatkan dari segi ekonomi dan boleh dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni kraftangan di negara ini.

 Tapi malangnya hasil kraftangan ini kian dilupakan oleh sebilangan masyarakat di negara ini terutama sekali dikalangan belia-belia kita. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi mengatasi kepupusan seni kraftangan yang ada pada masa ini. Diantaranya ialah melalui penjualan hasil kerja tangan digerai-gerai untuk menari perhatian para penduduk negara ini. Selain daripada itu juga diadakan kelas-kelas seni kraftangan bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara pembuatannya. Kraftangan ini juga dapat diperkembangkan melalui media massa sama ada melalui media cetak atau media elektronik.

 Adapun kebudayaan seni kraftangan ini harus ditonjolkan agar kebudayaan ini tidak pupus ditelan zaman pasca modenisme. Selain daripada itu ia juga berperanan besar bagi meningkatkan ekonomi negara kita. Marilah kita sama-sama menjaga kebudayaan ini agar ianya tidak dilupakan seperti kata pepatah:

 Biar mati anak,

Jangan mati adat.

Tak lapuk dek panas,

Tak lekang dek hujan.

SENI TARIAN.

 Seni tarian ini boleh ditakrifkan sebagai salah satu seni dihasilkan secara individu atau secara berkumpulan. Biasanya tarian ini selalu digandingkan dengan alunan muzik yang bersesuaian.

 Dalam masyarakat Ibaan, seni tarian ini memang tidak asing bagi mereka. Selalunya tarian masyarakat Iban agak unik dan berbeza dengan masyarakat yang lain. Namun daripada berbagai-bagai jenis tarian yang dimiliki oleh masyarakat Iban ini, kami telah diperkenalkan  dengan salah satu jenis tarian yang sering diaktifkan oleh masyarakat tersebut. Tarian yang dimaksudkab ialah “Tarian Ngajat”.

 Seni “Tarian Ngajat” ini hanya dapat kita nikmati pada masa-masa yang tertentu. Diantaranya ialah pada hari “Hari Gawai” dan pada hari keramaian.

 Alunan tangan yang lembut, langkah kaki yang lemah gemalai diselangi dengan rentak muzik yang sedap di gegendang telinga adalah ciri-ciri “Tarian Ngajat”. Pada kebiasaanya tarian sering dihasilkan serta dimainkan oleh kaum wanita namun dalam masyarakat Iban “Tarian Ngajat” ini turut dimainkan oleh kaum lelaki. Jadi tidak hairanlah kaum lelaki masyarakat Iban ini mempunyai gerak tangan dan kaki yang lembut apabila pelbagai tarian turut dipersembahkan oleh kaum lelaki.

 Apabila tarian ini dipersembahkan kaum wanita yang mengambil bahagian akan dikenakan pakaian yang berduit syiling, cucuk sanggul dan gelang kaki. Dalam erti kata yang lain kaum wanita dikenakan dengan pakaian “selabai” dan berkain songket.

 Walaubagaimanapun tarian ini kurang mendapat perhatian. Inilah sikap masyarakat kita. Dengan itu tarian ini harus ditonjolkan agar kebudayaan seni tarian ini tidak akan pupus ditelan zaman modenisme.

 LAPORAN MENGENAI PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN PENYELIDIKKAN.

Hari         :   Ahad.  .

Tarikh     :   30hb. Mei 2004.

Jam         :   10.30 pagi.

Tempat    :   Rumah panjang Mendaram Besar.

Pada hari tersebut, kami telah menjalankan aktiviti utama bagi pengumpulan bahan kajian yang berkaitan dengan kebudayaan seni masyarakat Iban.

Kedatangan kami disambut mesra oleh Awang Berandi anak Jamau. Beliau adalah merupakan ketua rumah panjang di Kampong Menderam Besar. Sebelum sesi temubual dimulakan, beliau mempersilakan kami meninjau di sekililing rumah panjang tersebut. Untuk memudahkan hasil penyelidikkan ini, beliau telah memberi kerjasama yang cukup membanggakan.

Sesi temubual mula dijalankan. Setelah ketua rumah panjang itu memperkenalkan diri, kami dan rakan-rakan sekumpulan telah menanyakan pelbagai soalan yang berkait rapat dengan kaian kami. Menurut beliau, alat-alat muzik dan jenis pakaian tidak dapat ditunjukkan pada masa itu kerana barang-barang itu akan digunakan pada sambuatn “Hari Gawai” yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Walaubagaimanapun di rmah panjang itu terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh masyarakat Iban ini. Kraftangan ini bukan sahaja dipamerkan malah turut dijual bagi sesiapa yang berkeinginan untuk membelinya.

Dari keterangan yang telah diberikan, kami telah mencatat serta mengambil bebarapa keping gambar jenis-jenis kraftangan yang terdapat dalam rumah panjang tersebut. Disamping kami menjalankan tugas, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Setelah sekian lama berada disana dan semua keterangan telah diperolehi kami pun beredar dengan mengucapkan selamat tinggal dan penghargaan terima kasih kepada ketua rumah panjang iaitu Awang Berandi Anak Jamau.

LAPORAN RINGKAS.

 HARI        : AHAD.

TARIKH    : 30hb.Mei.2004.

8.00 pagi             :   Semua guru serta penuntut diarahkan supaya berada di kawasan                 

                              sekolah.

 

8.15 pagi             : Bertolak dari Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman, Tutong.

 

10.30 pagi           : Sampai di Rumah Panjang Mendaram Besar.

 

1.00 petang         : Berkumpul.

 

1.15 petang         : Sampai di kawasan Wasai Wong Kadir sambil menikmati juadah

                              makanan tengahari.

 

3.10 petang         :  Tiba di Luagan Lalak.

 

3.45 petang         : Tiba di Taman Rekreasi Sungai Liang.

 

5.00 petang         :  Tiba semula di Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman, Tutong.

LAPORAN SEPENUHNYA.

 Pada Hari ahad, 30hb Mei 2004 adalah merupakan hari yang bermakna bagi kami. Ini memandangkan pengalaman pertama bagi segelintir daripadanya yang menjalani lawatan sambil belajar ini.

 Kami dibenarkan memakai pakaian biasa apabila tiba di sekolah nanti, bagi memudahkan kami melakukan pergerakkan yang bebas. Kebanyakkan ahli kami memakai pakian berwarna gelap, menaikkan lagi semangat kami mengikuti lawatan tersebut. Walaubagaimanpun kami disarankan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seramai lebih 40 orang penuntut yang berkeinginan untuk menyertai aktiviti ini.

 Setelah mengambil kedatangan daripada guru-guru pengawas, kami diarahkan menadah tangan untuk membaca doa selamat perjalanan yang diketuai oleh Haji Mohammad Embrey bin Haji Mahmud. Kira-kira jam 8.15 pagi, baharula kami berangkat meninggalkan perkarangan sekolah menuju ke Kampong Bendaram Besar. Kumpulan kami telah dianggotai oleh Dyasya Farida Binti Sameon selaku ketua kumpulan, Razali Bin Ibrahim, Hana binti Haji Muhammad Zaki dan Asniezah Binti Apelah.

 Semasa  dalam perjalanan, keadaan di dalam bas tidak sunyi dari gelak ketawa rakan-rakan yang lain. Masing-masing merasa riang dan gembira. Ada sesetengahnya menyanyi, bergurau senda dengan rakan-rakan uang lain dan tidak kurang juga yang tidur. Kami difahamkan ada diantara mereka yang tidak cukup tidur pagi itu kerana pada hari sebelum ini, mereka rela berjaga malam semata-mata menenti hari siang, mengikuti lawatan sambil belajar ini. Perjalanan menuju ke Kampong Mendaram Besar ini amat panjang dirasakan, memandangkan hati ini sudah meronta-ronta untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan.

 Setelah kira-kira 2 jam meniti perjalanan, akhirnya kami sampai juga di kampong Mendaram Besar. Masing-masing melonjak kegirangan. Setibanya disana kami telah mengambil gambar sebagai tanda kenangan, iaitu  menunggu kedatangan bas yang membawa penuntut yang lainnya. Setelah lama menanti akhirnya mereka pun sampai. Tugas pertama kami yang utama ialah memunggah yang dibawa khas oleh guru-guru pengawas.

 Tanpa membuang masa Cikgu Zini telah mengarahkan kami untuk naik dan masuk ke dalam rumah panjang. Sebelum itu kami telah diarahkan untuk membuka kasut sebagai mana kelaziman kita apabila masuk ke dalam rumah orang lain.

 Setibanya kami berada di dalam tersebut ketua rumah panjang iaitu awang Berandi anak Jamau telah mengalu-alukan kedatangan kami. Pada mulanya kami diberikan peluang untuk meninjau sekeliling rumah panjang tersebut. Setelah puas  Awang Berandi pun mula mengadakan temubual bersama guru serta penuntut yang mengikuti lawatan sambil belajar ini.  Disini kami telah memberi perhatian yang penuh kepada setiap baris kata-kata yang dikeluarkan oleh Awang Berandi kerana itulah tugas kami yang utama. Disana kami banyak menanyakan tentang kemusykilan serta yang menjadi persoalan kami.

 Seperti biasa sebelum kami meninggalkan perkarangan rumah panjang tersebut kami telah bergambar dengan beliau serta penghuni rumah panjang yang lainnya untuk dijadikan sebagai kenangan. Lambaian tangan turut dimainkan menandakan penghargaan kami kepada beliau kerana memberikan kerjasama serta sokongan padu. Tanpa berlenggah lagi kami pun bertolak menuju ke destinasi yang lain iaitu ke Wasai Wong Kadir.

 Sebelum kami bertolak ke tempat yang dimaksudkan, kami telah diarahkan untuk berkumpul bagi memastikan bahawa semua penuntut tidak ketinggalan. Ini amat penting bagi guru pengawas bagi menggalakan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

 Tepat jam 1.15 petang kami semua telah tiba di Wasai Wong Kadir.  Terasa kepenatan kami menjalankan penyelidikkan ini hilang dek kerana keindahannya. Semua penuntut bahkan guru pengawas juga tidak mensia-siakan peluang yang ada di depan mata untuk berpesta dan bermandi-manda. Penuh yang sedari tadi melekat ditubuh badan telah hilang dek kesegaran air terjun yang membasahi anggota badan. Walaubagaimanapun ada sebilangan mereka hanya memandang sambil menikmati juadah makanan tengahari yang telah disediakan oleh guru pengawas.

 Masa berlalu dengan cepat tanpa kami menyedarinya. Rupa-rupanya jam telah menunjukkan pukul 3.00 petang. Semua guru pengawas telah memberi arahan bahawa kami perlu berangkat pulang memandangkan destinasi kami masih jauh. Setelah menyalin pakaian yang basah kami semua telah berkumpul bagi memastikan  bahawa semua penuntut telah ada.

 Setelah itu kami pun bertolak menuju le Luagan Lalak. Kata salah seorang daripada gurus pengawas iaitu Cikgu Zini, bahawa Luagan Lalak ini juga merupakan tempat yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelancong. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan yang abadi.

 Destinasi kami yang seterusnya pula ialah ke Taman Rekreasi Sungai Liang. Disini kami telah mendaki bukit yang begitu tinggi. Walaupun penat namun kami tidak menghiraukan kepenatan tersebut asalkan kepausan mendaki bukit tersebut dapat dirasakan.

 Setelah bebarapa lama kami berada di taman rekreasi tersebut, cikgu zini telah memberi arahan bahawa masa untuk kami berangkat pulang telah hampir tiba. Bas telah lama menunggu kami. Tanpa membuang masa kami pun mula berangkat masuk ke dalam bas yang telah disediakan.

 Sepanjang dalam perjalanan kebanyakkan kami telah nyenyak tidur setelah kepnatan yang mula terasa. Tepat jam 5.30 petang kami semua telah sampai di perkarangan sekolah.

 KAEDAH TEMURAMAH.

 *                        PERAKAM SUARA.

*                        PEN ATAU PENSIL

*                        KAMERA.

*                        BUKU

*                        KERTAS

*                        PERALATAN TULIS YANG LAINNYA.

 

 MASALAH-MASLAH YANG DIHADAPI.

 *                        SEGALA MAKMULAT YANG DIBERIKAN KURANG JELAS.

*                        BARANG-BARANG YANG INGIN DILIHAT TIDAK DITUNJUKKAN.

*                        PEMBAHAGIAN MASA TIDAK CUKUP.

*                        SUKAR MENEMURAMAH MEMANDANGKAN ADA TETAMU YANG TIDAK HADIR.

*                        BUNYI YANG BISING MENGHALANG KAMI MENDENGAR MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DENGAN JELAS.

 CADANGAN.

 *                        MASA KAJIAN PERLU DITAMBAH.

*                        KERAMAIAN PENUNTUT DALAM SESEBUAH KUMPULAN JUGA PERLU DITAMBAH MEMANDANGKAN KERJA YANG DIBERIKAN AMAT BANYAK.

Dyasya Farida Binti Sameon

U6-5

Enter supporting content here