CERITA PENGLIPUR LARA
DEFINISI:
Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan
Kesusasteraan Melayu Lama”, ‘Penglipur’ membawa maksud penghibur, manakala ‘Lara’ pula bermaksud
duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata ‘Penglipur’ dan ‘Lara’ membawa pengertian cerita
yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita.
Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai ‘folklore’.
R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman
yang mengandungi unsur “adventure”. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan
putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (“supernatural”).
Cerita Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu
kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya,
penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.
Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali
sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita
“profesional” dan “amatur”. Cara penyampaian menggunakan “kepakaran” mereka tersendiri.
Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang serdahana seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan
cerita dalam bentuk prosa lirik.
CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA
Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana
ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta cerita
ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi.
DARI SEGI TEMA
Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati.
Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal
yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita
Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa
diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur
lara.
Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan
pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita Penglipur lara. Selain daripada
itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta
halangan unutuk berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama
wirawati (happy ending).
CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA
Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang mengisahkan
tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi
(khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang
dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya.
Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan
asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat
bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.
BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI
Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak
berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan
agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.
FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA
Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan
Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai ‘alat’ hiburan
bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan
menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita
Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau ‘perlarian’ bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi
penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan
diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar.
Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral
Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi
oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :
i)
SIFAT
HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.
Wira dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah
tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka sebelum
keluar mengembara.
ii) SIFAT TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN (RAJA)
Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh
tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.
iii) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK
DAN CINTAKA TANAH AIR
Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata
masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup
mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir.
iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT
Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika
upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat
datang beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui
petikan puisi di bawah;
“Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak datang bertanya,
Yang kurap mengekor angin.”
V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK
Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang
Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watak-watak “pekerja” yang
bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
iv)
SIFAT
BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG
Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari
sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam
apa jua yang mereka lakukan.
PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA
Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan
raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita – cerita penglipur
lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik
akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa
kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :
i) WATAK UTAMA (PROTAGONIS)
Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri
dari kalanagan anak-anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan
dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama
iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai
halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan
dan kegagahan yang mereka miliki.
ii) WATAK PEMBANTU
Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang
menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama sam ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati
seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk watak utama.
iii) WATAK JAHAT (ANTAGONIS)
Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang
menjadi penghalang kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak
ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan.
STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA
Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi
kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian
pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta bahagian akhir sekali ialah penamat
cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebahagian
atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian.
i)
Bahagian awal:
Disini akan
diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya
sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian
yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai
dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang
yang ajaib serta kesaktian.
ii)
Bahagian pengembaraan:
Seperti yang
dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita
Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan-tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan
inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara
dengan segala cabaran yang menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara
watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur
percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi.
iii) Bahagian akhir:
Setelah berhempas
pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan
telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan
segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.
KUPASAN
PETIKAN CERITA
Ø Pergolongan cerita:
Karya di atas
tergolong cerita penglipur lara Melayu.
Ø Ringkasan cerita:
· Sebelum pengembaraan:
Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar
muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari
ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman
bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai
muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan
daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.
Ø Dalam masa pengembaraan:
Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana
tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan
makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan
turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang
tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan,
Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.
Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan
kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik
berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil
mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman
merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak
milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan
dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.
v Selepas
pengembaraan:
Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman
berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman
dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan
watak utama.
Peranan watak dan sifat watak
Ø
Watak utama:
Ø Watak wira:
Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim
Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan ramai
rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.
Ø Peranan watak:
Sebagai anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa
mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin
dengan Tuan Puteri terus Mata.
Ø
Watak wirawati:
Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang—gemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok
bandingnya. Puteri bongsu bersama saudara-saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek
kebayan. Baju layangnya dicuri oleh ‘pengail’ menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu
menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk
dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang
Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya,
ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan
suaminya.
Ø
Watak pembantu:
Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu
Malim Deman. Peranan Bujang Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan
sepenuh taat setia kepada tuannya.
Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah
yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga yang
mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan
Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan.
Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si
Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.
Ø
Watak jahat
(antagonis):
Watak jaht terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi
musuh kepada musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti
menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan.
v Gaya bahasa:
Dalam hikayat Malm Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama.
Ø Contoh gurindam:
“Awak tua bandar terbuka’
Emas habis
dagangan mudah,
Kerbau kambing
sesak di pandang,
Itik angsa tenang kuala,
Merpati lindungan langit,
Rengkiang tujuh sejanjar,
Teman dengan sekerat kota”,
............................
(Hikayat Malim Deman hal. 2)
Ø Contoh pantun:
“Tetak seranting buatkan kolek,
Buat pagar bunga di taman,
Tuanku putera yang kecil molek,
Puter Tuanku Malim Deman.
Buat pagar bunga di taman,
Ikat dengan rotannya getah,
Putera Tuanku Malim Deman,
Seisi negeri menjunjung duli”.
Ø Contoh perumpamaan:
“Bagai pucuk dilancarkan,
Bagai kumbang putus tali,
Penig kepala bagai dibaji,
Sakit hati bagai digunting”.
Hasil:
Dorothy
CERITA BINATANG
DEFINISI:
Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera
rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita
binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang
diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang
ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil
binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.
Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa
dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam
cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi
antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu
hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau,
Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau.
Sebahagian daripada cerita
binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik
antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang
melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan
menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu.
FUNGSI:
Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan
menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya
di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita
binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini
disampaikan dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata,cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan
social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat
pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki
diri dikiaskan kepada binatang.
Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah
digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran
itu secara terus terang,maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak simbolik.
Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.
CORAK CERITA BINATANG.
Iaitu:-
Epos Binatang.
Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang
lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang
ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih
besar daripadanya.
Cerita Asal Usul.
Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh
binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.
Cerita Sambut-bersambut
Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu
perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian
cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.
Dalam kumpulan cerita-cerita
binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga
cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia.
Sebagai kesimpulan cerita binatang
ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita
itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia
kecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan
mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.
KUPASAN CERITA BINATANG.
Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak,ialah:-
Anjing dan bayang-bayang.
Melalui cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul
tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai
itu menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm
sungai itu sedangkan anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing
itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai
kenikmatan yang ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian.
Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:-
Helang dengan Ayam.
Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya
bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan
dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si
Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam
yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.
Hasil: Md Rozaidee
CERITA JENAKA MELAYU.
DEFINISI
DAN CIRI-CIRI
Cerita
Jenaka Melayu adalah salah satu daripada Sastera Rakyat. Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam
kesusasteraan lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah-istilah sepertiMerry tales, tall tales, droll tales
dan lain –lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau
isi ceritanya, tetapi juga dalam maksud dan bentuk ceritanya. Semua cerita jenaka itu mempunyai maksud hiburan, petunjuk,
sindiran, seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.
Gambaran watak
adalah sangat penting dalam cerita-cerita jenaka. Melalui gambaran perwatakan tersebut dapat ditentukan kejayaan sesuatu cerita
demi untuk memperlihatkan unsur-unsur kelucuan. Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka ini didasarkan kepada tindak-tanduk
watak yang menggambarkan tabiat dan sifat manusia yang berlebihan. Gambaran tentang kejenakaan itu ditambah dengan keragaman
penghidupan manusia dalam bentuk kelemahannya, kebodohannya, kelurusan yan melulu dan sebagainya. Gambaran seperti ini amat
perlu untuk menimbulkan kelucuan dan kejenakaan
Unsur-unsur kejenakaan ini boleh ditimbulkan
dengan berbagai-bagai cara. Faktor-faktor yang boleh menimbulkan kelucuan adalah seperti yang berikut;
1. sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu
pintar
2. adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita
3. kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita
itu sendiri
4. adalah permainan kata-kata yang melucukan
Selain faktor
di atas mungkin terdapat berbagai-bagai aspek lain yang dapat menimbulkan gambaran kejenakaan.
Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka
amat berbeza dengan lakonan di atas pentas yang bergantung kepada gerak-geri atau aksi seseorang pelakon itu di samping tutur
katanya yang melucukan. Cerita-cerita jenaka memerlukan gambaran sifat tokoh utama yang bercorak keterlaluan dalam perbuatannya
seperti terlaluan dalam perbuatannya seperti terlalu tolol atau pintar. Daripada gambaran sifat tersebut serta laku perbuatan
watak itu dapat menimbulkan rasa geli hati.
Cerita-cerita jenaka dicipta berdasarkan kebijaksanaan
dan keupayaan pengarangnya untuk menimbulkan unsur-unsur kelucuan. Selalunya pengarang menggunakan kejadian yang kurang sopan
atau perbuatan kebodohan atau sikap yang keterlaluan dalam melaksaankan tugas sehari-hari. Tujuan pengarang hendakmengecam
sifat-sifat manusia yang kurang sopan, janggal, atau keterlaluan membuat sesuatu pekerjaan tanpa mahu bertolak ansur lagi.
Di kalangan berbagai-bagai bangsa terdapat
bermacam-macam cerita jenaka. Watak-watak lucu dalam cerita-cerita tersebut menjadi lambang sifat-sifat manusia yang sangat
dikenali di dalam masyarakatnya. Terkadang-kadang cerita-cerita jenaka ini pendek-pendek mengisahkan tentang peristiwa yang
lucu akibat daripada perbuatan manusia yang bodoh dan tolol. Cerita-cerita jenaka ini berkisar pada satu-satu watak tertentu
atau ceritanya berbingkai mengisarkan seorang watakbodoh dalam berbagai-bagai peristiwa yang menggelikan hati.
Cerita-cerita jenaka lahir di kalangan berbagai-bagai
bangsa di dunia seperti The Irishman di Iceland, The Abedonian di Scotland, The
London Al Derman di England dan Eulenspeiged di Jerman. Bagi orang Arab, watak Khoja Nasaruddin dan Abu Nawas sering muncul
dalam cerita-cerita jenaka mereka. Khoja Nasaruddin juga muncul dalam sastera
Turki, manakala suku-suku di Nusantara seperti Pak Banjir, Jaka Bodo (Jaka Dolog), Jaka Lelor, Semar, Petrok terkenal dalam
sastera lisan Jawa. Dalam sastera lisan Aceh terkenal dengan watak Si Gasin Mesekin. Dalam sastera liusan Batak terkenal dengan
watak-watak Si Bilolong, Ama ni Pandir, dan Si Andingkir. Di Sunda pula watak Aki Bolong terkenal dalam cerita-cerita jenaka
mereka dan sebagainya.
Unsur-unsur tersebut menampakkan cerita-cerita
jenaka mempunyai persamaan dengan cerita-cerita jenaka yang terdapat dalam kesusasteraan di India. Misalnya, cerita Mat Jenin yang mengisarkan tentang watak MatJenin seorang miskin yang mengambil upah memanjat
pokok kelapa. Sewaktu dia memanjat pokok kelapa dia berangan-angan bergurau dengan tuan puteri. Tanpa disedari tangannya terlepas
daripada memegang pokok kelapa. Mat Jenin jatuh lalu mati.
Cerita-cerita jenaka seperti ini terdapat
persamaannya dengan sebuah cerita dalam kesusasteraan India, iaitu Hikayat Punca Tanderan yang mengisahkan tentang seorang Brahmin miskin yang mengambil upah menjual bertih. Dia berangan-angan menjadi kaya dan
mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang cantik. Tetapi kerana isterinya tidak pandai menjaga anak-anaknya maka dia
naik radang. Lalu dipukul isterinya dengan tongkat. Rupanya dia sedang berangan-angan, Brahmin itu terpukul periuk bertihnya.
Maka habislah semua bertih tumpah ke tanah. Apabila Brahmin sedar dia sedar dia berasa amat menyesal.
Dengan demikian cerita-cerita jenaka Melayu
tidak seharusnya dianggap semuanya sebagai pinjaman dari luar kerana berdasarkan beberapa persamaan pada ciri-ciri yang tertentu.Cerita-cerita
jenaka Melayu itu diciptakan oleh orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang sama dialami oleh mereka kerana watak kebodohan
itu bersifat universal wujud dalam semua kebudayaan manusia. Walau bagaimanapun harus diakui terdapat juga cerita-cerita jenaka
yang dipinjam dari luar seperti “cerita Abu Nawas” yang disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Malah terkadang-kadang
cerita-cerita saduran itu pula diubahsuai atau ditokok tambah oleh orang-orang setempat sehingga cerita-cerita itu menjadi
sebahagian daripada warisan tradisi setempat.
Cerita-cerita jenaka dicipta berlatarkan belakangkan
masyarakat Melayu tradisi. Segala gambaran dalam cerita-cerita itu bersesuaian dengan pengalaman dan pandangan masyarakat
Melayu tradisi. Dengan hal yang sedemikian cerita-cerita itu amat digemari oleh orang-orang Melayu.
FUNGSI
Sungguhpun tujuan cerita-cerita jenaka untuk
memberikan hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran.
Misalnya dalam cerita Pak Pandir di gambarkan bagaimana keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul. Pak pandir
yang membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada
dirinya dan juga keluarganya.
Tindakan yang terburu-buru dan mengikut emosi
selalu menimbulkan akibat yang tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak pandir yang disuruh oleh isterinya untuk memandikan
anaknya dengan air panas telah menyebabkan anaknya mati kerana ia memandikan anaknya itu dengan air panas yang mendidih. Kepintaran
dan kecerdikan boleh memberikan faedah kepada diri seseorang.
PERANAN WATAK DAN STRUKTURNYA.
Apa yang sangat penting dalam persoalan cerita
ini ialah tentang kepandaian, kepintaran, tipu helah, kebodohan dan ketaatan. Perwatakan seperti ini sangat penting kerana
ia membantu watak dalam cerita ini untuk meneruskan hidup mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian mereka akan di tindasdan
disisi daripada masyarakat ketika itu. Pak Pandir melakukan semua itu kerana terlalu taat kepada isterinya. Dalam pada itu,
dia juga bertindak terburu-buru sehingga berkelakuan bodoh sehingga tidak memikirkan apa yang sebenarnya yang di suruh oleh
isterinya. Walaupun begitu ini tidak bermakna Pak Pandir itu bodoh dan tidak tahu berfikir, cuma dia tidak mahu mwenyoalkan
tentang perintah isterinya itu.
Selalunya cerita seperti ini di ceritakan
kepada anak-anak kecil supaya mereka tahu tentang kebaikan dan keburukan. Ini juga kerana cerita ini mempunyai persoalan yang
berunsur pengajaran dan nasihat yang patut di sampaikan kepada anak-anak kecil supaya apabila dewasa nanti mereka tahu menilai
yang baik dan yang buruk.
Cerita ini menunjukkan kita bahawa setiap kelemahan dan keburukkan tersendiri.
Jika terlalu mementingkan diri dan angkuh. Orang yang berkuasa akan menghina orang bawahan dan ini telah menjadi lumrah alam. Orang kaya akan menghina orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan. Tetapi
mereka juga manusia dan mempunyai perasaan seperti orang lain dan ada hak untuk menikmati hidup yang biasa. Lalu cerita Pak
Pandir mengajar kita melalui persoalan yang di kemukakan oleh pngarang cerita ini. Dia ingin menyampaikan mesejnya kepada
pembacanya tentang pengajaran dan nasihat dalam cerita ini. Dia mengajar kita supaya menjadi orang baik dan berbudi vbahasa.
Di akhir cerita dia mengisahkan tentang Pak Pandir yang mana akhirnya mati kerana tipu helahnya untuk mendapat kekayaan dan
kesenangan. Sesuatu yang mulanya baik tidak akan diakhiri dengan tidak baik.
Semuanya akan berudah mengikut takdir dan nasib seseorang itu.
SINOPSIS CERITA PAK PANDIR.
Pak Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu.
Apabila isterinya, Mak Andih menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia menangkap rusa di dalam hutan
dan dibawakan kepada Mak Andih. Apabila Mak Andih pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pandir supaya memandikan
anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun memandikan anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya
itu. Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh Pak Pandir membeli kerbau. Oleh sebab Pak Pandir
tidak mengenal kerbau, Mak Andih menerangkan bahawa yang meragut-ragut rumput itulah kerbau. Apabila ditemui orang sedang
menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli sabit itu. Kemudian Mak Andih telah menyuruh suaminya menjemput Lebai untuk menghadiri
kenduri di rumahnya. Mak Andih memberitahu tanda Lebai ialah berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan kambing. disangkanya
itulah Lebai, lalu ditangkap kambing itu dan dibawa pulang. Oleh sebab Pak Lebai tidak ditemui, Mak Andih menyuruh Pak Pandir
memanggil Datuk Keramat Jin Islam. Tetapi Pak Pandir sesat lalu dipanggilnya gergasi. Kemudian gergasi itu mati kerana tenggelam
di dalam sungai. Maka harta gergasi itu diambil oleh Pak Pandir. Pak Pandir mengaku dirinya raja Mambang, lalu berkahwin dengan
seorang puteri raja, tetapi rahsianya bocor, lalu dibuang ke dalam hutan. Oleh kerana kelaparan Pak Pandir memakan pisang
dengan kulitnya, kemudian dia pun mati.
CHUA BOON KWAN
U6-5
RUJUKAN: PERKEMBANGANKESUSASTERAAN
MELAYU LAMA- DR. ISMAIL HAMID